Nak guna bahasa lain ? Klik sini

Friday, 20 March 2015

Berkatkah pertemuan ini ?

 Allahumma solli ala muhammad waala alihi wasabihi wasalam . Mengapa ini semua berlaku ? Adilkah semua ini bagiku ? Hm , apa yg kita tahu , allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. Adakah semua keputusan kita Allah akan redha ? Tak semua kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita.  Dalam pertemuan kita dengan seseorang itu , pasti ada suka dan duka. Jika kita mengetahui perkara di dalamnya samaada baik atau buruk , adakah kita mahu melepaskan atau pertahankan ? Allahu. Minta petunjuk dari mu ya allah. Bagi kita , kita nak segala-segalanya dan apa yang kita nak semuanya indah tapi apakan daya , jika semua perkara indah , adakah kita akan mengingati dan bertakwa kepada Allah s.w.t ? Tepuk dada , tanya iman.


         Hendak di tinggalkan , rasa serba salah kerana takkan kita ingin melihat sahabat kita jauh tenggelam dengan duniawi ? Tidak , aku tak akan buat macam itu kerana aku sayang kan sahabat aku. Jika ingin pertahankan , adakah ini yang terbaik untuk diriku ? Tidak memudaratkan ? Hm , dengan siapa aku ingin luahkan ? Jika ada , tiada siapa yang akan mengerti. Mungkin Allah hantar sahabat ini ini untuk menguji aku dan mungkin Allah hantar aku kepada sahabat ini untuk memberi petunjuk kepada sahabat.

         Sahabat ? Sahabat yang tidak pernah bersemuka tetapi pernah bertentangan. Dia tidak jahil. Dia tahu tapi itulah godaan syaitan. Tergelunsur di dalam lombong.  Lombong yang tak pernah nak beri ruang untuk keluar malah menghimpitnya dengan sampah2 dunia. Astaghfirullah al azim. Adakah dia mengheret aku ,. atau aku yang mengheret dia ? Hanya allah yang tahu. Hati teringin nak bersemuka tetapi adakah allah redha ? Jika allah tidak redha , aku redha dengan ketentuan allah. Sedikit pun tidak pernah rasa menyesal malah aku bersyukur. Dalam buruknya ada baiknya juga. Alhamdulillah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Allah akan memaafkan semua umatnya kecuali orang-orang yang membuka aibnya sendiri kepada orang lain" Allahu , minta dijauhkan. Amin :)

       

Monday, 26 January 2015

SPM

SPM ? Cepatnya masa berlalu.  Haritu baru je PMR tiba2 skang dah spm pulak. Hahahahaha dah besar dah. Apapun untuk kali ni , aku akan cuba buat yang lebih baik dari sebelum ni. Target aku tahun ni , kalau boleh nak dapat 9A. Tapi kalau dapat 6 atau 8 pun aku bersyukur. At least ada peningkatan. A apa pun tak kisah lah. Kalau boleh semua org nak A+. Hahahah tapi aku akan cuba lah untuk capai target. Bukan nak capai target dunia je , akhirat pun kene jugak. Kalau boleh taknak tinggal solat. Cuba sikit2 lama-lama insha-Allah boleh. Hehe :)

        Menang di dunia , tak tentu menang di akhirat. Allah Hu Akbar :'(