Bermulanya sebuah kisah, seorang gadis berusia 7 tahun, yang agak selekeh dan tidak biasa dengan persekitaran kerana takut pada orang. Kenapa macam tu ? Sebab gadis kecil ini tidak pernah ke tadika, pendek kata tidak pernah keluar rumah dan bergaul dengan orang lain kecuali keluarganya.
Anak kecil ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1, yang berada di Kuala Lumpur, tidak jauh dari rumahnya. Sepanjang gadis kecil ini berada di sekolah, banyak kisah suka dan duka yang dilaluinya. Gadis kecil yang tidak tahu apa apa, tiba tiba keluar melihat dunia . Kau rasa? Bagi semua orang, darjah 1 merupakan zaman persekolahan yang paling mudah dan paling seronok bukan ? Tapi bagi dia , tidak ! Bagi gadis ini, semua yang dipelajarinya, semua tak masuk otak dan tak faham langsung apa yang dipelajarinya. Nak dijadikan cerita, semua orang dapat A dalam semua subjek. Tapi dia? Paling tinggi markah yang dia pernah dapat, 20 markah sahaja. Pelik bukan ?
Sampailah satu masa, mak kepada gadis kecil ini, menghantarnya pergi ke satu tempat untuk mengaji, tempat tu bawah rumahnya sahaja. Hari demi hari, bila dia sudah mengenal huruf jawi, tahu mengaji, dan belajar tajwid, gadis ini sudah terbiasa dengan persekitarannya. Alhamdulillah, syukur ya allah . Bermula dari darjah 2, ketika berusia 8 tahun, gadis ini selalu mendapatkan tempat pertama di dalam kelas dan dia merupakan ketua kelas pada masa itu. Wah, satu pencapaian yang bagus bagi diri dia. Kalau anda berada di tempat gadis ini , adakah anda lebih bersemangat untuk terus maju kehadapan ? Mesti lah lebih bersemangat kan? Begitu juga dengan gadis ini, tahun demi tahun, dia memajukan , langkahnya kehadapan , tetapi kemajuan yang ditunjukkan bukanlah banyak tapi sedikit demi sedikit. UPSR ? Tidak lah 5A, tetapi cukup sekadar, 2A 2B 1C, gadis ini sudah bersyukur, dan dia buatkan dia lebih bersemangat untuk terus maju, "Saya bukanlah seorang yang pandai tapi mak suruh berusaha dan saya akan buktikan".
Hari demi hari yang berlalu, gadis kecil ini sudah meningkat remaja. Beliau bersekolah di SMK Seri Mulia. Gadis ini terus melangkah ke hadapan sehingga mendapat 4A 4B dalam PMR.
Alhamdulillah, walaupun tidak dapat semua A, tetapi peningkatan tu ada . Begitu juga dengan SPM, gadis ini mengambil jurusan perakaunan, dan beliau sangat minat dalam perakaunan. Apa lagi, bila kita sudah minat sesuatu, terus nak jadikannya sebagai cita-cita. Betul tak ? Begitu juga dengan gadis ini, cita-citanya sebagai Akauntan bertauliah, kekal sehingga hari ini. Dalam SPM, gadis ini hanya mendapat 4A 3B 1C 1D. , seperti biasa, tidaklah dapat semua A pun kan. Tapi alhamdulillah lagi sekali gadis ini bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada peningkatan dan kemajuan. Ya, itu yang kita nak !
Selepas SPM, gadis ini melanjutkan pelajarannya di Matrikulasi Pulau Pinang. Wah, jauhnya! Program selama satu tahun ini, telah memberikan banyak pengalaman kepada gadis ini. Alhamdulillah, dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama iaitu Perakaunan. Gadis ini, teruskan usahanya untuk terus maju ke hadapan, dan gadis ini berjaya mendapatkan keputusan 3.73 dalam semester pertama dan 3.92 dalam semester kedua.
Sehingga kini, gadis itu telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kabangsaan Malaysia. Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki di menara gading. Gadis ini mempunyai satu impian dan harapan untuk bertukar ke kursus perakaunan. Semoga gadis ini berjaya. In shaa allah, doakan ye semua :)
Gadis ini juga berpengalaman dan mempunyai bakat dalam kepimpinan ketika zaman persekolahannya. Gadis ini merupakan ketua kelas, penolong ketua kelas dan gadis ini juga merupakan Staf Sarjan Kadet Remaja Sekolah. Alhamdulilah, dengan menyertai kursus kepimpinan dari persatuan tersebut, bakat kepimpinan gadis ini telah digilap. Tetapi di universiti, gadis ini ingin menfokuskan kepada minat dan ilmu yang lain. Bak kata pengetua kolej, universiti ini luas. Jadi, segala ilmu yang kita ingin pelajari , pasti boleh !
Gadis ini telah menyertai silat olahraga untuk Sukem, baru baru ini dan mendapat pingat gangsa. Alhamdulillah, ini salah satu ilmu yang tak pernah disangka satu hari nanti pasti akan dipelajarinya. Hehe, seronok sangat !:)
Itulah kisah seorang gadis yang tidak seberapa ini dan akan berusaha menjadi yang lebih -baik. Mudah-mudahan. In shaa allah. Untuk menceritakan kisah kehidupan seseorang itu, bukanlah pendek malah terlalu panjang. Jadi untuk mengetahui kisah gadis ini, boleh lah follow blog ini, hehe :p