Nak guna bahasa lain ? Klik sini

Sunday, 8 December 2013

Allah Hu Rabbi :')

Kadang-kadang terasa hidup ini tak adil tetapi walau apa pun hidup mesti diteruskan. Lumrah manusia , segala-galanya kita nak. Kekayaan , kebahagian , kasih sayang. Bila aku tengok orang kaya , mesti aku fikir alangkah baiknya kalau aku ni berasal dari orang kaya, mcm2 aku boleh beli , semua yg aku nak aku dapat. Bila aku tgk orang lain bahagia , tidak pernah di marahi oleh ibu bapanya mesti aku fikir bestnya ada ibu bapa mcm tu. Bila aku tgk org lain pandai , dapat markah tinggi2 dalam peperiksaan ,mesti aku fikir kenapa aku tak pandai mcm dia? Bila aku tengok orang lain selalu di puji2 , mesti aku fikir , bila orang nak puji aku mcm itu ? Ini lah fikiran aku masa aku kecik2 dulu , masa aku tak matang lagi sampai bila ditegur sikit , melenting , bila marah sikit dah memberontak. Sampaikan aku tidak hormat kepada kedua-dua ibu bapa aku , kakak2 dan adik2 aku . Sepatutnya aku tidak berperangai mcm itu. Apabila aku sudah meningkat remaja , aku dah boleh berfikir dengan baik. Setiap apa yang aku buat aku fikir. Bila aku marah, aku cuba untuk kawal. Aku dah taknak ulang perangai aku yang dulu sampai aku rasa semua org benci aku. Aku juga cuba untuk jadi org yg bersyukur dengan cara aku melihat orang berada di bawah aku. Bila takde duit , makan telur je setiap hari , aku tengok orang miskin tepi jalan , yang tak makan , hanya makan makanan dalam tong sampah je . Bila aku kene marah , aku fikir apa salah aku , kalau mak abah marah mesti ada sebab. Bila aku tak pandai , aku tak selalu di puji , aku tgk orang yang tak pandai malah siap dihina lagi. Dengan aku berfikiran mcm itu , boleh buat aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini . Kadang2 mesti rasa cemburu dgn orang yang pandai.  Semua orang kisah pasal dia , , tak mcm aku degil , nakal , semua yang buruk tu aku ! Aku dah mula berusaha nak jadi mcm dia , mak abah kakak pun bagi semangat untuk aku teruskan perjuangan. Tapi itu lah dengan keluarga yang lain aku tak dapat lagi.

        Sekarang aku dah boleh terima kalau orang marah , cakap belakang2 , menghina , mencaci dan lain2 lagi. Aku dah tak degil , nakal mcm dulu lagi . Sekarang aku tahu , makin besar makin matang. Dah besar bila fikir balik apa yang kita buat dulu , mesti hati kecil ni kata "kenapa lah perangai aku mcm itu dulu?" Rasa sedih pun ada . Walau apa pun itu semua dah lepas , janji sekarang aku dah berubah tapi ye lah kan , kalau sekali kita buat jahat atau buruk orang akan ingat , bila kita buat baik seribu kali pun orang tak ingat . Mulut manusia mana boleh tutup. Malah ada yang mengungkit-ungkit balik , ada yang menghina , mencaci ,perli2 . Sampai kakak sendiri pun cakap mcm tu , sampai adik aku pun tak hormat kat aku tapi takpe lah , aku tak kisah adik aku tak hormat kat aku sbb bagi aku , itu balasan untuk aku sbb dulu aku tak hormat mak, abah dan kakak2 aku. Mmg lah rasa sedih tapi nak buat mcm mana , aku just boleh terima je lah . Aku malu sbb kadang2 diaorang malukan aku depan orang ramai , padahal aku tak buat mcm tu pun. Sejahat-jahat aku pun aku tak bukak aib diaorang depan semua orang .

         Setiap kali aku solat mesti aku doa , dosa aku akan diampunkan oleh allah. Aku pun doakan kebajikan kedua ibu bapa , adik beradik dan seluruh keluarga aku . Aku pun berdoa agar hati mereka dilembutkan supaya mereka layan aku seperti orang dewasa , bukan mcm budak2 yang boleh menghina , mencaci , perli2 depan orang ramai. Aku tak suka diaorang layan aku mcm itu , tapi aku biarkan dan terus berdoa , aku pun fikir jugak mungkin itu adalah kelemahan aku dan setiap orang pun ada kelemahan. Walaupun mcm tu , aku tetap bersyukur kerana aku dah ada keluarga yang baik. Layanan seperti itu adalah balasan untuk aku . Yang jahat aku biarkan , yang baik aku jadikan sebagai pedoman .

      Everything you share Everything you say Everything you explain Turn it Into Dakwah...United We Stand And Dream for Jannah..:')..InsyAllah..Salam ukhwah fillah

No comments:

Post a Comment